mutiarasabah MEGASALE!

Comments (12)

Ipoh mali..

p1010096-medium1

Bersama Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar

Pada bulan Ogos lepas sempena Muktamar Pas yang diadakan di Ipoh Perak, saya sempat mengadakan Jualan mutiara sabah di expo muktamar tersebut.

Ini adalah kedatangan saya setelah kali terakhir datang ke Ipoh pada 2005. Masa tersebut saya outstation ketika masih bertugas di KL.

Tidak banyak berubah, tapi suasana politiknya sedikit berlainan kerana sebelum pilihanraya lalu Perak di bawah Barisan Nasional kini di bawah Pakatan Rakyat.

Apapun terima kasih pada orang-orang Ipoh. Moga bertemu lagi jika dipanjangkan umur

Comments (3)

Salam Pertemuan Kembali..

Assalamualaikum,

Salam pertemuan.. Mohon maaf kerana lama tidak menulis di sini. Maaf juga pada yang telah lama menghantar pertanyaan tetapi tidak terbalas. Insya Allah laman akan dihidupkan utk semua. Mutiarasabah yang baru juga akan dihidupkan semula. Terima kasih pada yang menyokong dengan sentiasa menghantar komen di laman ini.

wassalam

Comments (2)

Sabah miliki pelbagai tarikan

“APA yang tidak ada di Sabah?” Itulah soalan wajib kepada mereka yang baru pulang daripada melawat negeri yang terkenal dengan jolokan ‘negeri di bawah bayu’ itu.

Ini bagi mendapatkan gambaran keistimewaan negeri di Kepulauan Borneo itu sehingga lebih sejuta pelancong melawat Sabah setiap tahun, sedangkan hanya sedekad lalu Sabah seolah-olah tidak wujud di dalam peta pelancongan Malaysia. Bagaimanapun, sektor pelancongan kini berkembang pesat dan memberi pulangan sehingga lebih RM1 bilion setahun kepada industri pelancongan Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, beberapa rancangan televisyen popular yang disaksikan jutaan orang di seluruh dunia seperti ‘Survivor 1’ dan ‘Eco-Challenge’ turut difilemkan di Sabah. Baca baki entri ini »

Comments (12)

Pasar malam KK

Ke mana ingin anda tuju jika sampai dan bermalam di kota kinabalu (KK). Ingin mencari ole-ole dan buah tangan waktu dinihari..

modify21.jpg

Apa lagi kalau bukan di pasar malam kota kinabalu. Hanya berada di Lorong Sinsuran, belakang hotel Le Meridian, KK. Perjalanan kaki dari Centre Point Shopping complex hanya 5 minit. Jika anda ingin mencari mutiara maupun kristal inilah antara tempatnya yang menarik ratusan pengunjung di waktu malam.

modify1.jpg
*sedang mengikat rantai mutiara di gerai rakan.
**outlet aku? http://www.mutiarasabah.com.  fizikal outlet, tungguu..I’ll be opening soon

Comments (8)

Produk Mutiarasabah

rantai10k1.jpg
Apa keistemewaan rantai mutiara ini?

Dengan diikat rapi bersama beberapa biji kristal swarovski menyerlahkan lagi penampilannya bersama pendant kristal rusiaan.

Comments (43)

Bagaimana kualiti mutiara ditentukan..

Bagaimana kualiti mutiara ditentukan?
Ia adalah satu persoalan yang subjektif untuk ditentukan jawapannya. Secara umumnya di sabah ini, ia tidak ditentukan secara jelas tentang standard pengukuran kualiti mutiara ini. Baca baki entri ini »

Comments (18)

Terhangat di pasaran

gelang48b.jpg

Gelang ini dibuat dengan kombinasi mutiara dan kristal swarovski. Ianya diikat menggunakan suasa secara juntai dengan kristal berbentuk hati menyerlahkan lagi penampilannya.

Ketika ini produk jenis ini adalah antara yang paling banyak menerima tempahan di mutiarashop. Malahan pasaran di sabah sendiri, koleksi berbentuk sebegini tidak kira sama ada ianya kombinasi mutiara + kristal ataupun kristal sahaja, yang paling menerima permintaan.

Cepat kepada semua, promosi 30% hanya sehingga 15/02/2007

Comments (6)

Freshwater pearl, Saltwater pearl, Swarovski pearl..

Lazimnya kita sudah kenali mutiara air tawar (Freshwater pearl) dan mutiara air masin (Saltwater Pearl). Walaupun tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara keduanya, namun pasaran terutamanya di Sabah ini memperlihatkan mutiara air masin mempunyai kredibiliti nilainya tersendiri.

Mutiara biji air masin boleh mencecah hampir atau melebihi ratusan ringgit Bagi sebiji. Begitu juga rantai mutiara pada 18 inci pun boleh mencecah ribuan ringgit. Ia jauh berbeza dengan mutiara air tawar walaupun tiada perbezaan yang ketara di antara keduanya.

Faktor ini sebenarnya dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran. Mutiara air masin payah diperolehi sedangkan sedangkan mutiara air tawar amat banyak dihasilkan menyebabkan ia banyak terdapat di pasaran. Ini yang menyebabkan mutiara air masin ini tinggi nilainya berbanding air tawar.

Satu lagi pula jenis mutiara buatan yang terdapat di pasaran ialah mutiara swarovski. Mutiara swaroski sama adalah dihasilkan seperti kristal swarovski dari pengeluar yang sama. Konsepnya adalah kristal swarovski yang kemudiannya disaluti dengan mutiara secara sentetik. Pelbagai warna yang dihasilkan oleh mutiara ini adalah dipengaruhi oleh warna kristal yang terdapat di dalamnya.

swarovski-pearl-apricot.jpgswarovski-pearl-baby-blue.jpgswarovski-pearl-black.jpgswarovski-pearl-bronze.jpg

Comments (3)

Bentuk-bentuk mutiara

Ni adalah sebahagian daripada bentuk mutiara yang kebanyakannya didapati secara komersial terutama di sabah ni. Ada lagi bentuk yang lain, tetapi yang terdapat di bawah ni adalah yang lazimnya dijumpai di jual di sabah ini. Baca baki entri ini »

Comments (4)

Apa itu kristal swarovski?

Kristal swarovski adalah kristal yang di hasilkan di Austria. Ia bukanlah dihasilkan melalui alam semulajadi tetapi hasil dari buatan manusia. Nama swarovski sendiri diambil dari Daniel Swarovski, pembuat formula kristal ini. Baca baki entri ini »

Comments (10)

Mengenal mutiara asli

Bagaimana mengenal mutiara asli?

Itu adalah persoalan penting dalam penting dalam menilai sesuatu mutiara itu bernilai atau tidak. Pelbagai kaedah boleh digunakan bagi memastikan sama ada ianya adalah asli ataupun tidak. Baca baki entri ini »

Comments (8)

Tentang Mutiara Sabah

Pada zaman dahulu sebelum manusia menerokai alam semulajadi, laut dipenuhi dengan pelbagai hidupan dan permata yang amat bernilai iaitu mutiara. Mutiara telah mula digunakan sebagai barang perhiasan dan juga dalam ilmu perubatan pada awal zaman Greek, Asia dan Kepulauan Pasifik. Baca baki entri ini »

Comments (26)

Keunikan alam semulajadi

Mutiara sangat unik berbanding batu permata beharga yang lain. Ini kerana ianya membesar di dalam organisma hidup. Lazimnya pembiakan mutiara adalah penghasilan mutiara asli yang dibentuk di dalam tiram hidup melalui tindakan manusia. Bila nukleus.. Baca baki entri ini »

Comments (1)